• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BKSA Dakwa Kawasan Dilawat Idris Bukan Empangan

oleh
20/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) hari ini memberi penjelasan bahawa gambar kawasan yang dilawat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Idris Haron yang tular di media sosial bukan sebuah empangan, sebaliknya kolam takungan air.

BKSA menerusi kenyataan di sini hari ini menjelaskan gambar itu merupakan kolam takungan air yang terletak di Krubong di sini yang mana kolam itu antara lain berfungsi sebagai kolam takungan sementara sebelum air dipam ke Empangan Durian Tunggal.

“Badan Kawal Selia Air Melaka ingin memaklumkan bahawa kedudukan paras air di kolam takungan tersebut sememangnya kering disebabkan oleh ketiadaan hujan sejak Ogos 2019. Terima kasih atas keprihatinan mantan Ketua Menteri Melaka.

“Bagaimanapun, isu ini tidak wajar dipolemikkan sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat Melaka, sebaiknya marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan dan dilimpahi rahmat oleh-Nya,” kata kenyataan menerusi Facebook rasmi BKSA di sini hari ini.

Kenyataan itu juga memberitahu kawasan kolam tersebut merupakan kawasan larangan dan atas tujuan keselamatan tidak dibenarkan dimasuki oleh mana-mana individu.

Idris dalam status Facebooknya pada Rabu memuat naik gambar dengan lokasi di Empangan Durian Tunggal berserta kapsyen: “Rumah saya dah 6 hari kena catu, kerajaan kata negeri Melaka tiada masalah bekalan air, semua ok sahaja, tidak kritikal… saya ke empangan… lihatlah sendiri …tidak kritikal katanya.”

Ketua Menteri Adly Zahari semalam dilaporkan sebagai berkata Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dekat sini yang mempunyai kapasiti 32,600 juta liter air mempunyai kapasiti semasa 6,470 juta liter air, dan kerajaan negeri pada masa ini tidak bercadang membuat catuan air.

Tags: bksacatuan airGangguan Bekalan AirIdris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd