• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saravanan Gesa Palanivel Tidak Bermain Tarik Tali

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan menggesa Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel untuk tidak terus bermain tarik tali, sebaliknya segera menetapkan tarikh pemilihan semula semua jawatan dalam parti berkenaan.

Beliau berkata Palanivel sepatutnya memutuskan tarikh pemilihan semula parti itu terlebih dahulu seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum bertindak mempertahankan jawatan berkenaan.

“Apabila ada arahan (pemilihan semula), dia (Palanivel) dengan kadar segera (perlu) tetapkan tarikh, teruslah buat pemilihan dan kemudiannya lantiklah semua jawatankuasa yang beliau nak.

“Tak perlulah pusing seluruh negara, tetapkan tarikh dahulu. Ini bukan hal rumah tangga beliau, ini hal parti. Kalau nak mempertahankan jawatan, tetapkan tarikh dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan Piala FA antara Sungai Ara FC dan MISC-MIFA, di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari. – BERNAMA

Tags: G.Palanivel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Palani, Kenapa Tak Buat Apa-apa Semasa Jadi Menteri – Wan Junaidi

29/05/2016
0

LANGKAWI - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menempelak Datuk Seri...

Palanivel Pohon Maaf Kepada Saravanan, Kes Saman Fitnah Selesai

28/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan terhadap Datuk Seri G.Palanivel selesai secara baik,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd