• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Fernandes Umum Undur Diri

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes akan mengundurkan diri daripada semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila perkara itu akan berlaku.

Dalam satu ciapan di Twitter hari ini, Tony Fernandes berkata, keputusan itu diambil untuk menaikkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya ke barisan hadapan.

“Sebagai langkah pertama untuk berundur dan menggerakkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya ke barisan hadapan, saya akan mengundurkan diri daripada semua jawatan kecuali AirAsia Group dan AirAsia X,” katanya.

Bulan lepas, AirAsia mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan untuk menyokong transformasi menjadi sebuah syarikat platform perjalanan dan kewangan serta membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.

Tony Fernandes sebagai CEO airasia.com – platform e-dagang perjalanan dan gaya hidup AirAsia – dengan matlamat untuk melantik seorang CEO baharu yang akan melaporkan kepadanya dalam tempoh terdekat.

Latihan penstrukturan semula termasuk Aireen Omar yang telah dilantik sebagai Presiden AirAsia Group (redBeat Ventures) dan akan mengetuai bahagian modal teroka korporat.

Setakat jam 3.52 petang hari ini, saham AirAsia turun satu sen kepada RM1.78 dengan 4.25 juta saham diniagakan, manakala AirAsia X naik setengah sen kepada 17.5 sen dengan 1.03 juta unit bertukar tangan.

Tags: AirAsiaTONY FERNANDES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd