• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu P.Pinang: 2 Penerbangan Patah Balik, 1 Dilencongkan

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berpatah balik hari ini berikutan jarak penglihatan terhad ekoran jerebu yang semakin teruk di negeri ini.

Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Nadzim Hashim berkata kedua-dua penerbangan itu masing-masingnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (LTAK) di Medan, Indonesia.

Menurutnya satu lagi penerbangan dari Singapura ke Pulau Pinang terpaksa dilencongkan ke LTAK sementara penerbangan dari Bangkok ke LTAPP terpaksa ditangguhkan.

“Ketika ini jarak penglihatan yang direkodkan di LTAPP ialah 1,500 hingga 1,700 meter dan setakat ini juga tiada penerbangan yang dibatalkan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi di LTAPP masih berjalan lancar dan tiada penumpang yang terkandas akibat jerebu di Pulau Pinang setakat ini.

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu kenyataan hari ini berkata aktiviti pengajaran dan pembelajaran di universiti itu ditangguhkan berikutan paras IPU sangat tidak sihat yang dicatatkan di sini.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan operasi harian pejabat USM berjalan seperti biasa manakala aktiviti luar bangunan tidak dibenarkan.

“Semua pelajar dan staf juga diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jerebu USM dan boleh merujuk kepada laman web Pusat Sejahtera USM www.pusatsejahtera.usm.my untuk sebarang maklumat lanjut,” katanya.

Katanya talian hotline 04-653 4948 juga dibuka untuk sebarang pertanyaan berkaitan situasi jerebu di USM.

Selain USM, sebanyak 162 sekolah di daerah Barat Daya dan Timur Laut membabitkan 100,233 pelajar sekolah rendah dan menengah di dua daerah berkenaan telah ditutup selepas IPU mencatatkan bacaan sangat tidak sihat.

Tags: JerebuLTAPPpenerbanganPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd