• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HOC: Kerajaan Seperti Jurujual Bagi Pemaju Swasta

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang wakil rakyat PKR kecewa melihat kerajaan seperti menjadi jurujual kepada pemaju swasta ekoran cadangan penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata Zuraida mencadangkan kempen untuk menarik pembeli asing bagi menyelesaikan lambakan rumah mewah tidak terjual ketika masalah perumahan rakyat belum selesai.

“Menteri perumahan dan kerajaan tempatan akan dipuji oleh pembeli-pembeli rumah yang merupakan warganegara sekiranya turun padang menyelesaikan banyak projek perumahan mampu milik swasta yang terbengkalai.

“Banyak projek sedemikian di kawasan saya,” katanya kepada FMT.

Zuraida berkata cadangan penganjuran (HOC) sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

Menurutnya, dengan penjualan rumah mewah tidak terjual itu, kerajaan dapat mencairkan keadaan ekonomi negara, sekali gus membuka lebih peluang kepada pemaju untuk merancakkan lagi projek pembangunan perumahan mampu milik.

Hassan berkata kerajaan akan dihormati serta disayangi rakyat jika dapat selesaikan masalah perumahan rakyat.

Beliau menambah Zuraida akan dikenang sebagai berjasa sekiranya banyak rumah mampu milik mampu dimiliki rakyat.

“Harga rumah tersebut hendaklah rendah. Kerajaan yang akan membinanya, bukan swasta. Tujuan utama ialah menyediakan rumah untuk rakyat bukannya mengaut keuntungan.

“Kementerian Kewangan, Kementerian Perumahan dan Bank Negara Malaysia mestilah tolong rakyat berpendapatan rendah untuk mudah mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank,” katanya. – FMT

Tags: Hassan Abdul Karimkempen pemilikan rumahpemaju perumahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Perumahan Disaran Bina Sekolah, Atasi Kesesakan Murid – Pakar

Pemaju Perumahan Disaran Bina Sekolah, Atasi Kesesakan Murid – Pakar

14/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran untuk mewajibkan pemaju membina sekolah di kawasan perumahan baharu yang mempunyai lebih 500 unit kediaman,...

MP Pasir Gudang Pula Tawar Diri Disuntik Vaksin Covid-19

17/12/2020
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menawarkan diri menjadi orang pertama dalam kawasan parlimen itu disuntik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd