• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adinda Sultan Kelantan Buat Laporan Polis Difitnah

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Puteri membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwa memfitnah beliau di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Laporan dibuat menerusi sepupunya, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu jam 11.30 pagi hari ini.

Laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook bernama Shaiful Afzan yang memberi komen di Facebook mendakwa Tengku Amalin hanya anak angkat kepada Sultan Ismail Petra.

Peguam Majdah Muhamad yang mewakili Tengku Amalin berkata, Tengku Ramizan terbaca komen di Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 2 yang diberikan rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Menerusi Facebook berkenaan, katanya, seorang individu menggunakan nama Mekliss Nor Liss didakwa bertanya sama ada Tengku Amalin adalah anak angkat.

“Seorang pengguna Facebook menerusi akaun bernama Shaiful Afzan dilapor memberi komen mendakwa Tengku Amalin adalah anak angkat.

“Komen berkenaan kemudian tersebar di Facebook IRDK yang memiliki ramai pengikut dan ini adalah fitnah terbesar kepada Tengku Amalin.

“Sehubungan itu, Tengku Ramizan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan. – BH Online

Tags: Sultan Ismail PetraSultan Kelantantengku amalin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Dakwa Sultan Kelantan Meninggal Dunia

Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Dakwa Sultan Kelantan Meninggal Dunia

13/07/2025
0

KOTA BHARU: Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad...

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

18/01/2024
0

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd