• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertikai Kewujudan ATM Tindakan Tidak Berasas

oleh
16/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamatan, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu gugat, katanya.

“Tanpa kewujudan ATM, pastinya negara terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kedaulatan negara,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari ATM ke-86 bertemakan ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ di saluran TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia hari ini.

“ATM adalan insurans atau jaminan terhadap kelestarian pertahanan negara dan sebagai perisai negara, kami warga ATM sanggup berkorban jiwa raga serta jujur dalam melaksana amanah,” katanya.

Oleh itu, tindakan sesetengah pihak yang masih mempertikai kewujudan ATM dengan mengatakan ia satu bentuk kerugian dan pembaziran wang ringgit semata-mata adalah tidak berasas.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini, terdapat 5,000 warga ATM melaksanakan tugas di dalam dan luar negara.

“Mereka ini diletakkan dalam kesiagaan tinggi di kem atau pangkalan seluruh negara selain ada yang melaksanakan rondaan dan mengawasi sempadan perbatasan di darat, laut dan udara,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini.

“Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamatan, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu gugat.

“ATM juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang masih setia dan menaruh keyakinan, kepercayaan dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada ATM,” katanya. 

Sambutan Hari ATM akan diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada 27 September ini.

Tags: Angkatan Tentera Malaysiahari ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd