• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Kaji Semula Prosedur Pengeluaran Dokumen

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji semula serta membuat penambahbaikan prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan bagi memastikan tiada lagi ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“JPN akan memastikan proses pengeluaran dokumen sentiasa dibuat secara teratur dan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959,” kata jabatan itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan pendakwaan terhadap seorang pegawai JPN atas tuduhan terlibat deengan aktiviti pengeluaran dokumen secara penipuan di Pulau Pinang, JPN berkata siasatan dalaman di peringkat JPN juga sedang dijalankan bagi memastikan kes seumpama itu tidak lagi berlaku.

Menurut JPN, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

JPN menegaskan bahawa ia tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

“JPN tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan kakitangan yang didapati terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin dan lima individu menghadapi pertuduhan hari ini antaranya dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 berhubung pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Tags: Jabatan Pendaftaran NegaraMyKadSijil KelahiranWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd