• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Ismail Petra Gering Namun Stabil

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra sedang gering namun berada dalam keadaan stabil, kata Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

“Saya rasa seperti yang diketahui umum tuanku (Sultan Ismail Petra) sedang berada di hospital. Setakat ini Alhamdulillah keadaan kesihatan tuanku stabil.

“Saya berharap rakyat semua dapat berdoa semoga kesihatan tuanku akan bertambah baik di masa hadapan. Kita pun di pihak MAIK (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) sentiasa buat solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan tuanku,” katanya yang juga Yang Di-Pertua MAIK.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Jati Diri ‘Sayangi Diri, Tanah Air dan Raja’ anjuran MAIK di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak di Panji di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan program berkenaan, Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK melalui Unit Adat Istiadat sedang merangka satu Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan bagi disebarluaskan kepada masyarakat di seluruh pelusuk negeri ini.

“Saya juga berharap, usaha menyediakan Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan ini akan berjaya memberikan satu mekanisme baharu dalam memperkasakan rakyat Kelantan yang berjati diri ‘Sayangi Diri, Tanah Air dan Raja’.

“Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 2020, Insya-Allah,” katanya. 

Tags: Sultan Ismail PetraSultan Muhammad VTengku Mohamad Rizam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rihana Oksana Dedah Wajah Tengku Ismail Leon

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi perkahwinan Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan terus berpanjangan apabila bekas isteri Sultan Muhammad V mendedahkan wajah...

Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia

11/10/2019
0

PETALING JAYA - Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan diputuskan oleh sebuah mahkamah di Moscow, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd