• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai JPN Ditahan Keluarkan Sijil Kelahiran, MyKad Tak Sah

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 20 individu termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah di Pulau Pinang pada 19 Ogos lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seramai 15 lelaki dan dua wanita warga tempatan, seorang lelaki warga India serta seorang lelaki dan seorang wanita warga China.

“Kesemua suspek berusia 32 hingga 70 tahun merupakan ejen, orang tengah, penganjur dan pemilik kad pengenalan sijil lahir serta pasport Malaysia (fraud).

“Polis telah merampas pelbagai barangan antaranya 38 buah telefon bimbit, 34 keping pasport, lima salinan sijil kelahiran, 58 salinan pasport dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir menambah, siasatan mendapati ejen sindiket akan mengesan warga asing yang mahu mendapatkan kewarganegaraan dan proses tersebut yang akan diuruskan oleh seorang individu di JPN Pulau Pinang.

“Dia juga terlibat menguruskan sijil kelahiran dan kad pengenalan tidak sah dan semasa proses memgemaskini data, dia (suspek) juga mengarahkan beberapa staf lain untuk sama-sama terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Huzir, sindiket itu dipercayai memperoleh bayaran antara RM100,000 sehingga RM600,000 daripada warga asing.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan ahli-ahli sindiket yang masih bebas.

”Kesemua suspek  direman mengikut Seksyen 4(5) Akta Sosma 2012 selama 28 hari untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Tags: Jabatan Pendaftaran NegaraMyKadPulau PinangSijil Kelahiran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd