• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Yang Perlu Minta Maaf Dengan Anwar

oleh
11/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – PAS dan UMNO tidak perlu ‘bermaafan’ disebabkan isu tuduhan kafir yang sudah lama dan sengaja dihangatkan kembali.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya mengulangi pendirian bahawa mereka tidak pernah pun mengkafirkan UMNO sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

“Apa yang kita jelaskan sebelum ini ialah berdasarkan tulisan ulama dalam kitab mengenai batas-batas iman dan kufur. Ianya terpakai kepada semua, bukan UMNO sahaja sebaliknya semua orang Islam termasuk PAS.

“Boleh dengar semula ucapan sebelum ini kerana kita menyebut dari segi akidah. Perkara ini dijadikan isu apabila ada pihak memusingkan cerita mengatakan PAS mengkafirkan UMNO.

“Maka tidak perlu dan tidak timbul isu PAS perlu meminta maaf atau menarik balik kenyataan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Amar ditemui pada Majlis Daerah Tanah Merah selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu PAS menarik balik dan kenyataan yang mendakwa parti itu melabelkan UMNO sebagai kafir sebelum kedua-dua pihak memeterai piagam bersama.

Dr. Mahathir mendakwa, apa yang pernah dikatakan PAS kepada UMNO masih lagi digunapakai selagi ia tidak ditarik balik oleh parti itu.

Mengulas lanjut, Mohd Amar juga mempersoalkan adakah Dr. Mahathir membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua tanggapan dan dakwaan yang pernah dilemparkan kepada pemimpin PKR itu sebelum ini.

“Dr. Mahathir minta maaf ke pada Anwar? Tapi mereka boleh duduk bersama juga dan bekerjasama pula dalam PH (Pakatan Harapan) sekarang. Jadi, apa masalahnya kalau kami (PAS dan UMNO) pun bersama?” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadMohd Amar Nik AbdullahPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd