• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

26 Pendaki Rentang Jalur Gemilang Gergasi Di EBC

oleh
11/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 26 pendaki melibatkan 20 rakyat Malaysia dan enam warga Brunei berjaya merentangkan Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp (EBC) pada ketinggian 5,364 meter kira-kira 10.20 pagi waktu tempatan pada Selasa (12.05 tengah hari waktu Malaysia).

Jalur Gemilang gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar serta seberat 11 kilogram itu berjaya direntangkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia pada 16 Sept ini selepas kumpulan itu melalui trek sejauh 65 kilometer dari Lukhla ke Gorak Shep, Nepal selama sembilan hari.

Kumpulan ekspedisi ke EBC itu turut disertai pelakon drama Nur 1 dan 2, Azhan Rani dan empat pengamal media iaitu wartawan Berita Harian, Zainuri Misfar dan Abdul Razak Raaff; jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mohd Faizol Abdul Aziz dan wartawan Kosmo!, Norzasrudin Mohamed.

Ekspedisi selama 16 hari anjuran Summit Attack Resources (SAR) diketuai Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang juga Pegawai Bomba dari Akademi Bomba Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bahru itu dilepaskan oleh Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye pada 31 Ogos lalu.

Mohd Fakhrul ketika dihubungi Bernama berkata antara cabaran utama yang dihadapi pendaki ialah keadaan cuaca dan suhu ekstrem serta risiko diserang penyakit akut gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS).

“Kami mendaki bermula dari paras ketinggian 2,700 meter bermula di Lukhla pada 2 Sept lepas sejauh kira-kira 130 kilometer (km) pergi dan balik dengan purata berjalan kira-kira 15km sehari.

“Sebahagian peserta ekspedisi kali ini juga berjaya menawan puncak Gunung Kala Patthar setinggi 5,550 meter,” katanya.

Sementara itu, Azhan yang popular selepas memegang watak Ustaz Hamadi berkata beliau amat teruja untuk menyertai ekspedisi itu kerana berpeluang merentang dan mengibarkan Jalur Gemilang di EBC dan menawan puncak Kala Patthar buat pertama kali.

“Bersesuaian dengan tema Hari Kemerdekaan, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ kami ingin mempromosi semangat cintakan negara di segenap pelosok dunia menerusi ekspedisi ini,” katanya.

Tags: Everest base campgunung everestpendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd