• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Melayu Sendiri Kurang Sokong Peniaga Melayu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Peniaga Melayu diakui masih tidak mendapat sokongan sepatutnya daripada komuniti sendiri berbanding yang diperoleh peniaga kaum lain.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, perkara itu sudah berlaku ketika kerajaan terdahulu sehingga kini.

“Jika kita lihat bagaimana (kaum lain) yang berjaya, mereka mempunyai jaringan yang kukuh dari segi semangat kekeluargaan, kampung halaman dan komuniti yang membolehkan mereka lebih kukuh dan bersatu daripada kita. Ini kerana kita terlalu banyak berpecah.

“Oleh itu kerajaan perlu main peranan menyediakan ‘payung’ kepada peniaga Bumiputera kerana kita adalah majoriti.

“Jika majoriti ini tidak dijaga, maka memang ia akan jadi masalah yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian Siri ke-125 bertajuk ‘Di Mana Bisnes Melayu Dalam Era Pakatan Harapan (PH) di Dewan Karangkraf di sini semalam.

Bagaimanapun Ahmed Razman berkata, adalah tidak adil untuk melakukan perbandingan mengenai bisnes Melayu ketika kerajaan dahulu dan sekarang disebabkan kerajaan PH baru setahun mentadbir di samping masalah yang berlaku adalah masalah lama.

“Justeru isu sekarang bagaimana kita boleh membantu peniaga Bumiputera tidak kira dalam era manapun.

“Sekiranya ini tidak diatasi, kalau kerajaan bertukar pun masalah ini tidak akan selesai,” jelasnya. – Sinar Harian

Tags: Ahmed Razman Abdul LatiffOrang Melayupeniaga melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib Tu Berdosa, Orang Melayu Sedar Atau Tidak? – Elia Nadira

Najib Tu Berdosa, Orang Melayu Sedar Atau Tidak? – Elia Nadira

10/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Ketua Wanita AMANAH Johor, Elia Nadira Sabudin mempersoalkan sikap orang Melayu yang bersedih apabila bekas Perdana...

“Ini Adalah Kisah Klasik Orang Melayu Tak Bayar Hutang” – Pemimpin AMANAH Ulas Sikap Sebahagian Pesawah

“Ini Adalah Kisah Klasik Orang Melayu Tak Bayar Hutang” – Pemimpin AMANAH Ulas Sikap Sebahagian Pesawah

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini adalah kisah klasik orang Melayu. Tak bayar hutang MARA, tak bayar hutang TEKUN, tak bayar hutang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd