• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jais Serbu Majlis Syiah Di Gombak, 23 Ditahan

oleh
07/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seramai 23 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di sebuah pusat kegiatan Syiah di Gombak malam tadi.

Sumber memberitahu, 25 orang pegawai JAIS ergi ke pusat tersebut kira-kira jam 9.45 malam dan menahan 23 orang, termasuk 4 remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun.

Mereka yang ditangkap dibawa ke kompleks Islam di Gombak dan diberitahu bahawa mereka disiasat di bawah undang-undang syariah kerana menentang fatwa berkenaan amalan fahaman Syiah, kata sumber kepada FMT.

Mereka dibebaskan pada jam 5 pagi tadi selepas diberitahu bahawa mereka boleh dipanggil semula pada bila-bila masa.

Mazhab Syiah, yang mempunyai ramai pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian Arab Saudi, Yaman dan Pakistan, adalah cabang Islam ke-2 terbesar di dunia.

Fatwa yang dikeluarkan di kebanyakan negeri di Malaysia mengisytiharkan ajaran Syiah sebagai “menyeleweng” dan pihak berkuasa sebelum ini telah menyerbu majlis keagamaan tertutup yang diadakan penganutnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa, mengelak daripada mengulas isu khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jais yang dilihat menyerang penganut Syiah.

FMT sebelum ini melaporkan bahawa masjid di Selangor diarahkan untuk menyampaikan khutbah yang dianggap banyak pihak sebagai langkah terbaru pihak berkuasa menyasarkan golongan minoriti agama.

Khutbah yang disediakan menjelang peristiwa penting dalam kalangan penganut Syiah minggu depan itu menggambarkan kepercayaan dan amalan kumpulan itu sebagai “menyeleweng”, “mengerikan”, “karut” dan “memualkan”, seperti yang dimaklumkan kepada FMT.

FMT sedang mendapatkan respons lanjut daripada Jais. – FMT

Tags: GOMBAKJAISselangorSyiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd