• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Melayu, Islam Berhak Berhimpun Pertahan Hak

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Orang Melayu dan Islam berhak mengadakan himpunan jika merasakan kedudukan mereka sebagai kumpulan majoriti terancam, kata Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman.

Ini katanya, adalah sebagai tanda penyatuan bagi menentang mana-mana pihak yang cuba mencabar hak orang Islam dan Bumiputera, termasuk keistimewaan orang Melayu dan hak raja berperlembagaan.

“Bagi saya perhimpunan itu hendak menjelaskan bahawa orang Melayu ada hak. Sekarang ini ia kelihatan dicabar. Sebelum ini tidak berlaku begitu, kenapa sekarang ia berlaku?” katanya kepada FMT ketika ditanya keperluan mengadakan himpunan atas dasar Melayu dan Islam.

Rahman berkata, himpunan sebegitu dibolehkan dengan syarat ia tidak dibuat dengan niat untuk memusuhi mana-mana pihak, termasuk orang bukan Islam, tetapi sebagai peringatan supaya hak orang Melayu dan Islam yang sudah termaktub dalam perlembagaan tidak dipertikai.

“Memang orang Melayu dan Islam perlu menerangkan bahawa mereka bukan nak bergaduh, sebaliknya sebagai peringatan supaya orang lain tidak mempersoal atau menghina perkara yang jelas merupakan hak maupun yang dekat dengan orang Melayu. Kita berhimpun bukan untuk menghina orang lain.

“Kita juga tidak pernah ambil hak orang bukan Islam. Bukan nak ambil harta orang bukan Islam, tidak sama sekali, tetapi janganlah timbulkan kemarahan orang Melayu dengan mempersoal perkara yang sudah maklum menjadi hak orang Melayu,” katanya merujuk kepada sesetengah pihak yang mempersoal hak keistimewaan orang Islam dan Bumiputera.

Dalam pada itu katanya, orang Islam juga perlu menghormati hak masyarakat majoriti sekiranya mereka merupakan golongan minoriti dalam sebuah negara bukan Islam.

“Sebagai contoh (orang Islam) yang tinggal di negara bukan Islam seperti di Thailand, mereka perlu menerima bahawa agama Buddha akan lebih tertonjol dalam pentadbiran kerajaan kerana penganut agama tersebut adalah golongan majoriti.

“Itu hak mereka sebab majoriti rakyat di sana beragama Buddha. Begitu juga di Malaysia,” katanya.

Rahman turut meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memainkan isu perkauman sehingga memudaratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dan agama.

“Kalau tiada tindakan isu sama akan berulang,” katanya.

Beliau diminta mengulas perkembangan kebelakangan ini yang menyaksikan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang sering mengadakan perhimpunan atas nama orang Melayu dan Islam sama ada ia sesuai diadakan pada saat hubungan antara kaum di negara ini kelihatan tegang.

Terbaru Himpunan Melayu Bangkit Penyatuan Ummah 2.0 yang di adakan di Pasir Salak, Perak pada 30 Ogos lepas.

Himpunan tersebut mendapat dukungan kuat daripada dua parti politik orang Melayu terbesar, iaitu UMNO dan PAS.

Pengerusi jawatankuasa himpunan, Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia bukanlah cubaan untuk memusuhi atau mengisytihar “perang” terhadap orang lain.

Katanya, himpunan tersebut diadakan sebagai usaha penyatuan orang Melayu dan Islam yang tertekan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). – FMT

Tags: Abdul Rahman Osmanhimpunan penyatuan ummahislamMufti PahangOrang Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd