• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Terancam Kehadiran Tentera China Di Rantau Ini

oleh
05/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VLADIVOSTOK – Malaysia tidak berasa terancam terhadap rancangan Amerika Syarikat (AS) menempatkan peluru berpandu di rantau Asia Pasifik atau dengan kehadiran tentera China di situ, tetapi bimbang mengenai potensi berlaku insiden tidak diingini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diwawancara agensi berita Sputnik.

Pada Ogos lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper, berkata beliau berhasrat menempatkan peluru berpandu jarak sederhana di Asia tetapi menegaskan, ia mungkin mengambil masa lama.

“Saya tidak fikir sebarang tawaran rasmi mengenainya dibuat tetapi ia suatu yang kita dapat daripada berita. Dan kami fikir, jika kami perlu berbelanja untuk pertahanan, ia mesti suatu yang benar-benar bermanfaat dalam usaha mengekalkan keselamatan kami.

“Buat masa ini, Malaysia tidak berasa tarancam. Ya memang ada kapal perang China di Laut China Selatan dan Amerika juga datang ke sana tetapi kami tidak melihat ia sebagai ancaman langsung terhadap Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan penghantaran peluru berpandu AS dan kesannya terhadap situasi di rantau berkenaan.

“Bagaimanapun, kemungkinan berlakunya insiden menjadi kebimbangan kita. Jika berlaku insiden lalu mencetuskan pertempuran, kita tidak akan terbabit. Kita tidak akan berpihak kepada sesiapa,” katanya.

Perdana Menteri kini berada di Vladivostok, Rusia sempena Forum Ekonomi Timur yang akan berlangsung sehingga Jumaat.

Agensi Maklumat Antarabangsa Rossiya Segodnya menjadi media rasmi bersama untuk acara itu.

Tags: Amerika SyarikatMahathir Mohamadtentera china
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd