• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Acara Dijadual Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong

oleh
05/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelbagai acara rasmi dijadualkan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 September ini.

Tarikh berkenaan diwartakan sebagai cuti umum sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini.

Acara sambutan dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang akan diadakan esok selepas solat Maghrib di Masjid Negara.

Ini diikuti Khutbah Khas dan Solat Jumaat yang juga akan berlangsung di Masjid Negara pada Jumaat.

Pada 8 September, Yang di-Pertuan Agong dijadual menyampaikan titah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen dan radio di seluruh negara pada pukul 9.00 malam.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 9 September adalah acara kemuncak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka dan diikuti dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada sebelah petangnya.

Pada 12 September pula akan berlangsungnya Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dijadual berangkat ke beberapa acara berasingan iaitu melawat ke Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli di Cheras pada 11 September.

Tunku Azizah turut dijadual berangkat ke Majlis Santapan Mesra Raja Permaisuri Agong bersama kanak-kanak di Istana Negara pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Tags: Al-Sultan Abdullahhari keputeraanYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

JDT Ucap Tahniah Hari Keputeraan Tunku Zahrah Zarith Aziyah

20/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat kepada anakanda Pemangku Sultan Johor,...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Terima Mengadap Delegasi Majlis Olimpik Asia

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Terima Mengadap Delegasi Majlis Olimpik Asia

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap delegasi Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd