• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Singgah Restoran, Pesan Teh Tarik

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah singgah di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di sini pagi ini bagi menikmati santapan pagi.

Video yang dikongsi di Instagram Istana Negara memaparkan baginda memakai suit lengkap bertali leher itu memasuki restoran berkenaan lantas memesan sendiri minuman.

“Apa ada jual?” tanya Tuanku kepada peniaga restoran berkenaan.

Dijawab peniaga itu, “macam-macam ada Tuanku” sebelum bertanyakan air apakah yang diinginkan Tuanku.

Dalam keadaan santai sambil meninjau suasana di dalam restoran, Tuanku kemudiannya bertanyakan jika air teh tarik ada dijual di situ.

“Air apa ada? Teh tarik ada? Teh tarik satu,” katanya kepada wanita yang mengambil pesanan baginda.

Rata-rata warganet yang meninggalkan ulasan menyatakan rasa kagum dan memuji Al-Sultan Abdullah.

Pengguna Instagram menggunakan nama myusofahm85’s berkata, sungguh beruntung orang yang menerima sapaan Tuanku ketika di restoran berkenaan.

“Wow untungnya yang dapat sentuhan Agong itu,” katanya.

Sementara menurut, najwanhalimi’s profile berkata, “Haha steady Tuanku! Harap Tuanku berkenan cemar duli makan di Shah Alam,” komennya.

_zua31’s pula menulis tentang sifat rendah diri yang dimiliki Al-Sultan Abdullah.

“Kami sangat berbangga kerana memiliki Al-Sultan Abdullah,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Al-Sultan Abdullahrestoranteh tarikYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd