• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surah Al-Kahfi Bergema Di Masjid Putra

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masjid Putra, di sini hari ini bergema dengan bacaan Surah Al-Kahfi oleh lebih 1,000 peserta sempena Malaysia #QuranHour.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Malaysia #QuranHour diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan esok dan merupakan sebuah kempen ‘MengQurankan Bangsa dan Mengikhlaskan Ummah’ dengan mengajak rakyat dalam dan luar negara berinteraksi dengan al-Quran.

Selain Masjid Putra, penganjuran program tahun kelima itu turut diadakan di seluruh negara serta oleh rakyat Malaysia di luar negara.

Jelas penganjur, Surah Al-Kahfi dipilih menjadi surah tema yang membawakan panduan untuk menghadapi cabaran akhir zaman.

“Menjelang kemerdekaan negara ke-62, Surah Al-Kahfi akan terus dipasakkan sebagai pesan kemerdekaan berpandukan 10 ayat akhir surah ini dan kaitannya dengan 10 ayat awal.

“Daripada sini, terdapat sembilan pesan utama buat warga Malaysia yang merdeka agar berpegang teguh kepada nilai-nilai yang ada di dalam al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr. Husamuddin Yaacub berkata, memasuki tahun kelima, gelombang #QuranHour dilihat bertambah besar.

“Kita bersyukur #QuranHour sudah memasuki Maajid Putra menjelang negara merayakan sambutan kemerdekaannya esok.

“Kita berharap #QuranHour menjadi sebuah agenda nasional melibatkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak berkepentingan,” katanya ketika berucap pada program itu.

Tags: #QuranHoural-kahfimasjid putra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid Putra Dibuka Semula Kepada Pelancong

30/01/2020
0

PUTRAJAYA - Masjid Putra yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan koronavirus novel 2019,...

Bukan Dasar Kerajaan Halang Pelancong Kunjungi Masjid

29/01/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bukan dasar kerajaan menghalang pelancong bukan Islam daripada mengunjungi lokasi tumpuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd