• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyertaan ATM Pada Hari Kebangsaan 2019 Signifikan

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini menjadi lebih signifikan ketika cabang pertahanan negara itu disinggung.

Sebanyak 3,919 pegawai dan anggota ATM serta 126 aset pertahanan terbabit dalam acara kemuncak Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Panglima 12 Briged Infantri Brigadier Jeneral, Marzuki Mokhtar berkata selain menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-62, keberadaan kontinjen ATM di acara itu akan membolehkan rakyat melihat dan menilai kesiapsiagaan pasukan itu dalam mempertahankan negara.

“Dengan pembabitan ATM bersama aset pertahanan yang serba canggih, ia akan menaikkan imej pasukan sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat dan kerajaan kemampuan pasukan dalam pertahanan negara,” katanya selepas sesi latihan bersepadu persiapan Hari Kebangsaan ke-62 di sini hari ini.

Antara aset ATM yang akan dipamerkan ialah empat Rapid Ranger iaitu sistem peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD), yang merupakan antara aset terkini dimiliki ATM.

Turut mengambil bahagian ialah pesawat pejuang ATM iaitu Sukhoi SU-30MKM dan Hornet FA-18D.

“Datang tengok sendiri aset yang kita ada, rasai gegaran apabila Sukhoi membelah ruang udara, dan selepas itu kita yakin persepsi mereka yang meragui kemampuan ATM akan berubah,” katanya yang mewakili ATM selaku penyelaras jawatankuasa perbarisan dan perarakan.

Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaHari Kebangsaankemerdekaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd