• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Akhir Pendakwaan Kes Dana SRC 11 November

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan daripada tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta akan diketahui pada 11 November ini.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali selepas pihak pendakwaan menutup kes mereka hari ini.

Hakim Mohd. Nazlan juga menetapkan 22 dan 23 Oktober ini untuk pihak-pihak berhujah secara lisan.

Terdahulu, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan pihaknya menutup kes pendakwaan selepas 58 hari perbicaraan dengan 57 saksi dipanggil memberi keterangan.

Tommy memaklumkan demikian selepas Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, 54, yang juga pegawai penyiasat selesai memberi keterangan hari ini.

Pihak pendakwaan turut memberitahu mahkamah bahawa sebanyak 66 individu daripada senarai saksi pendakwaan ditawarkan kepada pihak pembelaan sekiranya tertuduh dipanggil membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 3 April lalu, lebih 700 bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah antaranya minit mesyuarat dan dokumen perbankan.

Antara saksi yang memberikan keterangan pada perbicaraan itu ialah Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh Md. Yassin.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International. – UTUSAN ONLINE

Tags: Dana SRCNajib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd