• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkawi ‘Diserang’ Bronok

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Hujan lebat berserta angin kencang sejak beberapa hari lalu mungkin mencemaskan penduduk pulau ini, namun fenomena alam tersebut turut melimpahkan rezeki buat masyarakat setempat khusus di kawasan Kuala Teriang dan Kuala Muda di sini.

Sejak beberapa hari lalu kawasan tersebut ‘diserang’ bronok atau nama saintifiknya acaudina molpadioides iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat yang kelihatan memenuhi kawasan berselut dan pesisir pantai di lokasi berkenaan membuatkan masyarakat setempat termasuk kakitangan sebuah resort berhampiran tidak menang tangan memungut hidupan laut tersebut.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Ombak Villa Langkawi, Mohd. Hafiz Ramli berkata, pihaknya menyedari kawasan pantai di resort tersebut mula dipenuhi dengan hidupan laut yang memiliki tekstur licin dan mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah jambu semasa proses pembersihan pantai dilaksanakan kakitangannya.

“Biasanya bronok ditemukan di kawasan berselut namun kali ini agak berbeza kerana angin kencang bersama ombak kuat menyebabkan kita jumpa bronok jauh hingga kawasan berpasir di pantai ini.

“Di Langkawi setiap Ogos dan September memang dinantikan oleh penduduk sekitar bagi memungut dan mengumpul bronok yang enak dijadikan kerabu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bronok yang sudah dibersihkan akan diadun bersama sambal kelapa, cili, lengkuas, kerisik menjadi makanan eksotik dan wajib cuba sekiranya berkunjung ke pulau peranginan bebas cukai ini.

Sementara itu, Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Langkawi, Azahar Hassan berkata, kejadian bronok ditemukan dalam kelompok yang banyak di kawasan pantai berpasir berlaku disebabkan oleh hujan lebat bersama angin kencang.

Beliau berkata, kebiasaannya bronok ditemukan di kawasan berselut dan percaya kejadian bronok terdampar di kawasan pantai berpasir berlaku akibat dibawa oleh arus dan ombak kuat.

“Kawasan Kuala Teriang sehingga Pasir Berdengung, Kuala Muda memang kawasan pertumbuhan hidupan laut tersebut dan sering menjadi sumber pendapatan nelayan sekitar kawasan tersebut.

“Kejadian bronok ditemukan dengan banyak di kawasan berpasir di pantai tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh arus dan ombak kuat yang membawa bronok ke kawasan pantai berpasir,” katanya. 

Tags: bronokLangkawirezeki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd