• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur Digesa Bantu Malaysia Capai Status Negara Maju 2025

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa pelabur dan peniaga Malaysia di luar negara turut memainkan peranan mereka membantu kerajaan dalam mencapai hasratnya menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang 2025.

Dr. Mahathir berkata, beliau gembira melihat ramai rakyat Malaysia melabur dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang di serata dunia.

“Ini perkara yang baik. Kita mahukan Malaysia membantu ekonomi negara-negara bersahabat ini. Selain itu, ia dapat meningkatkan ekonomi Malaysia apabila kita boleh eksport dan import barangan dari negara-negara berkenaan.

“Kita tersasar (Wawasan) 2020, mungkin 2025… ini bermakna semua ahli perniagaan perlu banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Malaysia,” katanya pada sesi dialog dan majlis malam diaspora Malaysia di sini malam ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Malaysia ke Vietnam, Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa turut hadir bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia di Vietnam yang kebanyakannya komuniti peniaga dan pelabur di majlis semalam.

Beliau baru tiba di Hanoi semalam untuk lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam atas jemputan Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc.

Sementara itu merujuk kepada kehadiran para pelabur dari bangsa Arab ke dalam negara, Dr. Mahathir berkata, Malaysia mengalu-alukan kehadiran mereka khususnya dalam bidang hartanah.

“Ada banyak bidang untuk mereka ceburi di Malaysia. Mereka mempunyai banyak kepentingan di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara yang ‘amat bertuah’ kerana ia bebas daripada bencana alam, masalah dalaman mahupun konflik.

“Tiada penghijarahan beramai-ramai di Malaysia. Kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya. Di sebalik perbezaan, kita dapat hidup bersama aman damai.

“Kemungkinan ada yang berhijrah, namun bilangannya tidak ramai dan mereka (rakyat Malaysia) masih mengekalkan passport Malaysia kerana mahu balik suatu hari nanti,” katanya.

Tags: EkonomiMahathir MohamadPelabur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd