• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KLIA Tenang Selepas Penukaran Peralatan Rangkaian Sistem

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga pukul 4.30 petang ini kekal tenang, selepas berlaku gangguan operasi selama empat hari sejak Rabu (21 Ogos) akibat gangguan sistem rangkaian yang menyebabkan kelewatan penerbangan dan juga beratur panjang.

Tinjauan Bernama mendapati walaupun suasana sibuk pada pukul 4 petang ini, namun semua berjalan lancar dengan penumpang dapat mengetahui status penerbangan pada sistem paparan informasi penerbangan (FIDS), yang telah diperbaiki dan proses daftar masuk telah kembali normal.

Media yang berkumpul di KLIA sejak hari pertama, masih menunggu kenyataan daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berkaitan status terkini selepas pengumuman menukar peralatan rangkaian pada 23 Ogos.

Terdahulu, dilaporkan gangguan teknikal pada Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) telah menyebabkan kelewatan penerbangan, beratur panjang dan mengecewakan para penumpang.

Ia juga melibatkan fungsi utama seperti penyambungan WIFI, FIDS, kaunter daftar masuk, dan sistem pengendalian bagasi.

Seorang penumpang, Carmen Wong, 30, berkata, proses daftar masuknya berjalan dengan lancar dan beliau menerima e-passnya tanpa sebarang masalah.

Ditanya sama ada beliau tahu mengenai gangguan sistem yang berlaku empat hari lepas, beliau menjawab: “Ya, saya menghubungi MAHB semalam dan mereka menasihatkan saya untuk datang awal. Apabila saya buat daftar masuk, sistemnya agak lancar, tiada masalah,” katanya yang mahu berlepas ke Phnom Penh bersama rakannya.

Seorang lagi penumpang, Chris, 35, dari Scotland berkata, beliau mengetahui mengenai masalah yang berlaku itu.

“Proses daftar masuk saya berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang gangguan. Saya tidak mempunyai masalah dengan daftar masuk. Saya juga datang mengikut masa ditetapkan seperti biasa sebelum berlepas dan bukannya empat jam seperti diminta pihak lapangan terbang sebelum ini,” katanya yang berlepas ke Bangkok pada pukul 4 petang.

Bagaimanapun, pemerhatian di Twitter MAHB, seorang penumpang bernama Gaythri Raman pada pukul 4.48 petang berkata: “Gangguan sistem masih lagi berlaku. Tidak dapat menaiki pesawat. Penumpang nampak tenang. Saya rasa bernasib baik kerana tidak mempunyai penerbangan sambungan,” ujarnya.

Sejak berlakunya gangguan sistem itu, MAHB telah berusaha sedaya upaya untuk membantu penumpang dan menguruskan situasi, termasuk mengedarkan makanan kepada penumpang yang terjejas.

MAHB dalam laman sosial termasuk Facebook dan Twitter, berkata: “Salah satu daripada solusi yang dilakukan semasa kejadian tersebut termasuklah mengaktifkan 38 petak berasingan untuk kegunaan kapal terbang yang tidak dapat memasuki pintu yang dijadualkan. Kami juga menyediakan bas bagi membawa penumpang dari kapal terbang ke terminal dan sebaliknya.”

Pihak MAHB dalam media sosialnya turut berterima kasih kepada penumpang dan netizen, dengan salah satu daripadanya menyatakan: “Terlalu banyak perkataan yang baik dan memberangsangkan daripada penumpang kami dalam tempoh masa pendek sewaktu masalah rangkaian ini. Kami amat terharu. Komuniti lapangan terbang ini mengucapkan terima kasih.”

Duta Airport CARE juga kelihatan membantu untuk mengedarkan makanan kepada penumpang yang terjejas dan dalam beratur yang panjang. Terdapat juga penaja daripada syarikat makanan dan minuman yang mengedarkan makanan dan minuman di luar terminal pelepasan selama tiga jam sebagai bantuan dan juga mengembirakan penumpang.

Tags: gangguan sistemKLIAMAHBpenerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd