• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iriz Mampu Lonjak Semula Nama Proton?

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Iriz, kereta kompak terbaharu keluaran Proton Holdings Bhd sudah menerima 17,000 tempahan sejak dilancarkan September lalu dan kini hampir 10,000 sudah berada di jalan raya.

Selepas memandu uji model ini di Borneo baru-baru ini, mungkinkah kereta ini usaha terbaik Proton untuk memulihkan semula bisnes syarikat itu yang dilaporkan sudah menurun? Atau ia juga tidak akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Proton mengkaji semula strategi syarikat untuk membolehkannya menempatkan diri sebagai sebuah daripada syarikat pengeluar kereta yang berdaya saing dalam pasaran automotif.

Langkah ini dilihat perlu untuk mengubah imej syarikat yang sebelum ini sering dikaitkan sebagai pengeluar kereta yang tidak berkualiti dengan ciri-ciri yang tidak menarik.

Dengan kemunculan Iriz yang memaparkan kualiti serta ciri terkini, kereta ini membuktikan Proton berada pada tahap kematangannya. Model ini dilengkapi enjin ‘Variable Valve Timing’ (VVT), kotak gear CVT, kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek antikunci (ABS), traction control dan kawalan casis.

Ketua pereka bentuk, Azlan Othman, berkata Iriz adalah hasil usaha pembangunan selama empat tahun sejak kereta itu dipamerkan di Geneva Motorshow pada tahun 2010.

Iriz juga kereta segmen-B pertama syarikat pengeluar kereta nasional itu yang selama ini kepakarannya adalah untuk kereta bahagian-C dan sedikit bahagian-D (Proton Perdana) serta SUV (Proton Exora).

Dalam pada itu, Pengurus Besar Bahagian Kejuruteraan Proton, Tengku Azizan Tengku Ahmad, berkata enjin VVT dan transmisi CVT menyumbang kepada kecekapan bahan bakar Iriz berbanding pesaingnya.

Sewaktu uji pandu media, kereta Iriz 1.6 liter yang digunakan mencatat penggunaan bahan bakar paling rendah iaitu 4.9 liter untuk 100 kilometer sementara penggunaan bahan bakar paling rendah untuk model 1.3 liter manual ialah 5.2 liter untuk 100 kilometer.

Walaupun Iriz mungkin membuka lembaran baru untuk Proton, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian syarikat kereta nasional ini. Mungkin teknologi bukan masalah besar untuk bersaing dengan syarikat pengeluar kereta yang lain, tetapi Proton perlu memberi perhatian kepada ekonomi bidangan untuk terus maju.

Ini bermakna Proton perlu mengembangkan sayapnya ke pasaran eksport di mana ia perlu bersaing dengan syarikat pengeluar kereta yang sudah lama bertapak dalam industri automotif.

– BERNAMA

Tags: Proton Iriz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuit Hati Ucapan Proton Atas Kelahiran ‘Adik Baru’

18/11/2017
0

PELANCARAN model terbaharu Myvi nampaknya mencatatkan fenomena tersendiri dalam kalangan rakyat Malaysia. Lihat sahaja di mana-mana, ramai yang mulai berbicara...

Proton Iriz Terima Anugerah Kereta Kompak Terbaik

08/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) menerima satu lagi pengiktirafan bagi model kereta Proton Iriz apabila muncul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd