• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Tiba Di Indonesia Bagi Lawatan Negara 4 Hari

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Jakarta bagi Lawatan Negara ke Indonesia bermula hari ini sehingga 29 Ogos.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini pada kira-kira pukul 11.20 pagi (waktu tempatan) dan diberi sambutan hamparan permaidani merah. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal Dan Transmigrasi Republik Indonesia, Eko Putro Sandjojo selaku menteri pengiring dan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar serta Duta Besar Indonesia di Malaysia, Rusdi Kirana.

Turut mengiringi baginda dalam lawatan itu ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri. 

Sejurus ketibaan, Seri Paduka kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormat Pasukan Pengamanan Presiden yang terdiri daripada 21 anggota.

Lawatan negara itu merupakan lawatan sulung Al-Sultan Abdullah ke Indonesia sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas. 

Ia melambangkan keakraban dan keteguhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, sekali gus menyumbang ke arah mengukuhkan jalinan persahabatan kedua-dua negara yang terjalin sejak 62 tahun lalu. 

Bagi memulakan lawatan itu, Seri Paduka berdua dijadual berangkat menghadiri Majlis Santapan Petang bersama 200 rakyat Malaysia di sini, petang ini. 

Pasangan diraja itu turut dijadual berangkat menghadiri Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap dan Majlis Santapan Negara yang akan dihoskan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan isterinya, Iriana Jokowi di Istana Bogor, Jakarta pada Selasa. 

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah seterusnya dijadual berangkat ke Yogyakarta dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Yogyakarta dan Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X serta melawat beberapa tempat bersejarah di sana.

Tags: Al-Sultan AbdullahIndonesialawatan negaraYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd