• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makan ‘Ayam Goreng Berulat’ Di Kedai Mamak

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Seorang wanita terkilan selepas menemui ulat dalam hidangannya ketika menjamu selera di sebuah restoran mamak di daerah ini, malam tadi.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Chris, 30, berkata, dia menjamah makanan di restoran itu bersama suami dan dua lagi rakannya pada jam 11 malam sebelum mendapati terdapat ulat di bahagian tulang ayam goreng.

Menurutnya, kejadian disedari sebaik dia yang berkongsi ayam goreng bersama suaminya selesai menjamah lauk berkenaan.

“Ketika kami bersembang, tiba-tiba tekak saya loya selepas ternampak banyak ulat hidup keluar dari tulang ayam yang baru dijamah,” katanya.

Chris berkata, dia kemudiannya memanggil pengurus restoran, namun jawapan diterima tidak memuaskan hati.

“Pengurus mengarahkan pelayan restoran simpan semula ayam dan apabila saya memanggilnya ke meja kami, dia (pengurus) seolah menyalahkan saya kerana memilih ayam berulat,” katanya.

Menurutnya, tindakan pengurus restoran itu amat dikesali kerana tidak mahu mengakui kesilapan menghidangkan ayam berulat kepada pelanggan.

Katanya, sejurus pulang ke rumah, dia mula mengalami cirit-birit dan terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, pagi tadi.

“Saya disahkan mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada makanan tercemar,” katanya.

Katanya, pihak berwajib diminta melakukan pemeriksaan dan pemantauan di restoran berkenaan.

“Saya sendiri telah menghantar surat aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam dan memohon tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini Chris yang menggunakan akaun nama Facebook, CrissWen JJ memuat naik hantaran berhubung perkara berkenaan.

Kejadian itu tular selepas pemilik akaun ‘I Love Sungai Besar’ memuat naik hantaran dan gambar daripada CrissWen JJ.

Sehingga jam 2 petang tadi, hantaran dimuat naik I Love Sungai Besar itu mendapat reaksi pelbagai tanda, 689 komen dan sebanyak 276 perkongsian. – Sinar Harian

Tags: ayam berulatAYAM GORENGkedai mamakrestoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd