• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Cemar Duli Naik Bas Tinjau UIAM

oleh
22/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menaiki bas untuk melihat keseluruhan kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak sempena Kunjungan DiRaja hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada 11.15 pagi diiringi dua puteri, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Itu kunjungan sulung baginda ke UIAM selepas dilantik menjadi Ketua Perlembagaan (Canselor), Jun lalu.

Dalam kunjungan itu, Tunku Azizah melawat Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar serta melihat pameran berkaitan kajian seni bina Islam di Kedah dan Pulau Pinang yang dianjurkan penuntut tahun akhir fakulti itu.

Selain itu, baginda turut melawat pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak yang disediakan untuk kakitangan universiti terbabit.

Tunku Azizah juga berkenan melawat galeri universiti dan diberi taklimat mengenai UIAM.

Hadir sama mengiringi baginda, Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar serta Rektor, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Dalam ucapan ringkasnya, Tunku Azizah turut merakamkan terima kasih kepada pihak universiti kerana menerima kunjungan baginda.

Tunku Azizah bertitah, UIAM dekat di hati kerana adinda bongsu, Tunku Masera Sultan Iskandar juga graduan universiti berkenaan.

“Jadi saya berharap dua anak (Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan) akan turut memilih UIAM (menyambung pelajaran di universiti itu).

“Saya berharap dengan tunjuk ajar dan panduan daripada pengurusan dapat membawa universiti mencapai lebih banyak kejayaan,” titah baginda.

Tunku Azizah bertitah lagi, UIAM adalah universiti Islam yang berprestij dan baginda turut meminati bidang pengajian Islam.

“Selain itu, saya juga harap boleh ‘kacau’ fakulti seni bina kerana memang meminati bidang seni bina selain sejarah dan perundangan Islam.

“Harap kehadiran saya di universiti ini sebagai ‘big head’, banyak benda yang saya boleh pelajari daripada anda semua, untuk menjadi insan mahupun permaisuri yang terbaik untuk Malaysia,” titah baginda.

Mengakhiri kunjungan, Tunku Azizah turut berkenan menghadiri majlis santapan tengah hari bersama pengurusan tertinggi universiti, kakitangan serta penuntut.

Tunku Azizah adalah wanita pertama dilantik Ketua Perlembagaan UIAM untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 12 April lalu.

Baginda menggantikan Sultan Pahang kelima, Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mangkat 22 Mei lalu. – myMetro Online

Tags: islamRaja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahUIAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd