• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantik 13 Ahli Armada Isi Jawatan KBS Satu Pengkhianatan

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Majlis Belia Negeri Perlis membidas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana didakwa melantik seramai 13 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bagi mengisi jawatan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di negeri-negeri.

Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Noor Hairi Noor Mohammed berkata, pelantikan itu merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat yang sebelum ini dijanjikan tiada lantikan politik dalam organisasi itu.

Katanya, sepatutnya jawatan tersebut diisi oleh mereka yang benar-benar layak, bukannya terdiri daripada rakan-rakan menteri berkenaan.

“Ia merupakan bukti jelas bahawa Menteri Belia dan Sukan mengamalkan kronisme dalam pelantikan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS di negeri-negeri.

“Mungkin janji satu juta peluang pekerjaan itu merupakan janji menteri tersebut kepada golongan pemimpin parti Pakatan Harapan (PH)… ini merupakan satu pengkhianatan besar oleh PH kepada rakyat yang dijanjikan sebelum ini (tiada lantikan politik),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Mohd Fairos Rusli di laman Facebooknya mendedahkan sekeping surat dari Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pelantikan 13 orang Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS negeri yang kesemuanya terdiri daripada ahli Armada.

Dalam surat tersebut, yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, Abdul Rashid Yaakub turut memaklumkan bahawa Menteri Belia dan Sukan telah bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Sementara itu, Noor Hairi menggesa Syed Saddiq menarik balik keputusan pelantikan terdiri daripada pemimpin politik itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: armadaKBSmajlis beliaSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd