• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emma Maembong: Kenapa Mamat Khalid Cakap Macam Itu..

oleh AK-47
01/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON filem Ucop Wilcha Dan Werewolf Dari Bangladesh, Emma Maembong meluahkan rasa terkejutnya dengan dakwaan pengarah filem berkenaan, Mamat Khalid yang seakan-akan mendakwa dirinya dan Zizan Razak sengaja tidak menghadirkan pada majlis tayangan perdana filem itu Damansara, Khamis lalu.

Memetik kenyataannya dalam BH Online, Emma menyatakan dia bukan sengaja tidak mahu menghadirkan diri ke majlis tersebut sebaliknya terikat dengan komitmen kerja untuk penggambaran drama terbaharu lakonannya.

“Saya bukan sengaja tak mahu pergi atau mengelak menghadiri pra tonton filem itu tetapi sedari awal sudah memaklumkan ada komitmen lakonan untuk drama Isteri Separuh Masa arahan Michael Ang di samping Aiman Hakim Ridza.

“Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya. Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual,” katanya.

Untuk makluman, Usop Wilcha dan Werewolf Dari Bangladesh merupakan filem pertama lakonan Emma yang memulakan penggambaran pada Mac 2013.

Filem ke-14 arahan Mamat ini menjalani penggambaran di sekitar Ipoh dan Taiping, Perak.

Selain Emma dan Zizan, filem bergenre komedi seram itu dibintangi oleh Saiful Apek dan bakat baharu, Ahmad Maembong dan Sharwani NS.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: FILEMmyArtisselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd