• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waytha Moorthy Saman Fitnah Lokman Adam

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung satu ucapan yang dibuat dalam satu perhimpunan pada 4 Januari lalu di ibu negara membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Waytha Moorthy, 53, selalu plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co pada 26 April lepas dengan menamakan Lokman Noor, 46, sebagai defendan.

Pihak media memperoleh salinan dokumen itu selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar hari ini.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Annou Xavier yang mewakili menteri terbabit dan peguam N Logendran bertindak bagi pihak Lokman Noor.

Ketika ditemui pemberita, Annou memberitahu mahkamah menetapkan 1 November depan untuk pengurusan kes selanjutnya.

Sementara itu, berdasarkan penyataan tuntutan, Waytha Moorthy yang merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial mendakwa defendan berucap pada perhimpunan bantahan yang dihadiri kira-kira 100 peserta dan menyebabkan ucapannya dimuat naik di laman Facebooknya yang telah mendapat 55,000 paparan dan dikongsi sebanyak 1,658 setakat 18 April lepas.

Waytha Moorthy yang juga seorang senator itu mendakwa, ucapan fitnah itu telah diterbitkan menerusi YouTube antaranya bertajuk “Beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib, dakwa Lokman”.

Dakwa Waytha Moorthy, ucapan fitnah itu turut diterbitkan di dalam empat artikel di beberapa portal berita bertarikh 4 Januari dan 5 Januari lepas.

“Kenyataan fitnah itu antara lain bermaksud plaintif seorang menteri yang tidak jujur, cuba memanipulasi laporan perubatan berkaitan kematian Muhammad Adib, gagal melaksanakan tugas sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial selain menghasut rusuhan di Kuil Sri Mariamman di USJ Subang,” menurut pernyataan tuntutan itu.

Menteri itu menegaskan, kenyataan fitnah itu adalah tidak benar dan menyebabkan reputasinya sebagai menteri dan senator Dewan Negara terjejas.

“Satu surat tuntutan telah dikeluarkan pada 11 Mac lepas bagi menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf, namun defendan gagal berbuat demikian,” dakwa plaintif.

Sehubungan itu plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, teladan dan injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan semula ucapan fitnah berkenaan menerusi media cetak dan elektronik.

Dalam pada itu, Lokman Noor dalam penyata pembelaan difailkan pada 3 Julai lepas, menafikan ucapannya pada perhimpunan tersebut memfitnah menteri itu.

Sebaliknya Lokman mendakwa ucapan berkenaan merupakan satu komen berpatutan dan dibuat berdasarkan fakta dengan niat untuk kepentingan orang ramai.

Tags: Lokman Noor AdamMuhammad AdibSaman Fitnahwaytha moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas bekas pemain badminton nombor satu dunia itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd