• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Melawat Majlis Ugama Islam Brunei

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat melawat Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) di sini.

Ketibaan Seri Paduka disambut Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei selaku Yang Di-Pertua MUIB, Pehin Udana Khatib, Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Othman serta kakitangan majlis itu dan pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.

Dalam kunjungan muhibah kira-kira 90 minit itu, Al-Sultan Abdullah diberi sembah taklimat mengenai Jabatan majlis berkenaan dan dipertunjukkan pameran khas jabatan itu, Tabung Dana Masjid, Badan Tanmiah Harta MUIB, Unit Perundangan Islam dan Bahagian Kawalan Makanan Halal.

Kunjungan muhibah itu merupakan sebahagian daripada atur cara rangka Lawatan Negara tiga hari Al-Sultan Abdullah ke Brunei bermula Ahad (18 Ogos), yang merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.

Antara peranan MUIB adalah sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menyembahkan nasihat ke hadapan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengenai semua perkara berkaitan dengan agama Islam.

Dalam atur cara berasingan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Rumah Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (W.I) di Bukit Bendera, Tutong di sini bagi menyaksikan demonstrasi masakan tradisi masyarakat Brunei dan produk anyaman selain berkenan menyempurnakan penanaman pokok di kawasan Rumah pertubuhan itu.

Kunjungan Tunku Azizah diiringi Pengiran Anak Puteri Masna Bolkiah, adinda kepada Sultan Hassanal.

Tags: Al-Sultan Abdullahmajlis ugama islam bruneiYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd