• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes 1MDB Ditangguh Isnin Depan

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke Isnin depan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan dan pembelaan memaklumkan bahawa perbicaraan SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri itu masih belum selesai.

Malah, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut memaklumkan terdapat 12 pernyataan saksi baharu diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah, kenyataan saksi hendaklah disampaikan kepada pihak pembelaan selewat-lewatnya 14 hari sebelum perbicaraan, kecuali jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Pendakwaan juga memaklumkan pihaknya baharu menyerahkan 15 ikatan dokumen tambahan kepada pihak pembelaan pagi ini.

Dalam pada itu, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti semua dokumen dan penyataan saksi.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan Khamis ini untuk pengurusan kes.

Najib, 67, didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd