• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Jaga Nama Baik, Imej Malaysia – Agong

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja berada hendaklah terus mengekalkan nama baik dan imej negara dengan mengamalkan etika kerja mulia serta menghormati undang-undang dan budaya tempatan.

Titah Seri Paduka selain itu, rakyat Malaysia hendaklah juga mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

“Keamanan, kemajuan dan kemakmuran dinikmati oleh Malaysia bukan sesuatu yang boleh diambil ringan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai tanah airnya, sebarang usaha untuk menggugat keselamatan negara hendaklah dihindari dan dijauhi,” titah Al-Sultan Abdullah pada majlis Santapan Malam bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia yang bermastautin di sini malam ini.

Majlis bersama diaspora Malaysia itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan negara Al-Sultan Abdullah selama tiga hari di Brunei bermula hari ini. Brunei merupakan negara sulung dikunjungi Al-Sultan Abdullah sejak ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.

Lawatan berkenaan bertujuan mengukuhkan lagi hubungan diraja antara kedua-dua negara yang terjalin lebih tiga dekad.

Turut berangkat mencemar duli, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam serta tetamu terdiri daripada pelajar, ahli akademik serta wakil Pertubuhan Kebajikan Melayu Semenanjung Malaysia dan Persatuan Warganegara Malaysia.

Seri Paduka bertitah kejayaan rakyat serta syarikat Malaysia di negara ini, tidak akan dinikmati tanpa sokongan dan persefahaman erat daripada kerajaan Brunei di bawah naungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Dari aspek ekonomi, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa bangga keupayaan syarikat milik rakyat Malaysia yang menjalankan urusan perniagaan dan beroperasi di negara ini.

Seri Paduka bertitah kejayaan itu dicapai melalui dasar kerajaan Brunei dalam memudahkan iklim perniagaan di samping menggalakkan kemajuan ekonomi melalui kemasukan pelaburan langsung asing.

“Dalam konteks ini, saya ingin menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang telah memberi peluang kepada rakyat dan syarikat Malaysia untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Brunei Darussalam,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah baginda dan Raja Permaisuri Agong berasa sukacita diberi ruang bertemu rakyat Malaysia di sini, kerana ia merupakan peluang penting bagi mengetahui kebajikan dan perkembangan rakyat, walau di mana mereka berada.

Titah Al-Sultan Abdullah, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat akrab dan istimewa, didukung dengan ikatan erat dalam pelbagai aspek termasuk sejarah, agama, budaya, bangsa serta bahasa.

Sementara itu, Ismail dalam sembah ucapannya berkata terdapat 25,000 rakyat Malaysia bermastautin di negara ini, dengan 10,000 daripadanya golongan profesional antaranya dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran serta ahli perniagaan.

Tags: Al-Sultan Abdullahrakyat MalaysiaYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd