• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Anne: Perancis Rakam Penghargaan Kepada Malaysia

oleh
16/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perancis merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas usaha tanpa henti pihak berkuasa negara ini untuk mengesan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang semasa sedang bercuti di Malaysia.

Menteri Negara Perancis kepada Menteri Hal Ehwal Luar dan Eropah, Jean-Baptiste Lemoyne, menyampaikan penghargaan itu menerusi panggilan telefon semalam kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

“Marzuki turut menyampaikan kepada Lemoyne simpati dan takziah Malaysia atas kematian mendiang Nora Anne,” menurut kenyataan itu.

Mayat Nora Anne, remaja berkeperluan khas berumur 15 tahun, ditemui pada tengah hari Selasa kira-kira dua kilometer dari resort The Dusun, tempat di mana dia dan keluarga menginap selepas mereka mendaftar masuk pada 3 Ogos untuk bercuti selama dua minggu.

Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan susulan kehilangan gadis itu pada 4 Ogos, membabitkan agensi termasuk polis, tentera, anggota bomba dan penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam di samping Orang Asli serta pendaki sukarelawan.

Polis Perancis, Ireland dan Britain turut membantu polis Malaysia dalam siasatan kes itu.

Bapa Nora Anne, Sebastien Marie Philipe adalah warga Perancis manakala ibunya, Meabh Jaseprine Quoirin pula rakyat Ireland. 

Tags: Irelandkes kehilanganNora Anne QuoirinPerancisremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd