• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKATAN Desak Haramkan Dong Zong

oleh
16/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mendesak kerajaan PH khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan serta merta untuk mengharamkan Persatuan Dong Zong. Jelaslah sejak bertahun-tahun lamanya persatuan ini adalah sebuah persatuan Cina yang paling ekstrimis dan merbahaya untuk negara kita.

2. Sepanjang masa mereka terus menerus menentang segala usaha pihak kerajaan terdahulu dan juga sekarang untuk meyatu padukan rakyat Malaysia khususnya anak-anak kita yang merupakan pewaris generasi akan datang.

3. Penentangan Dong Zong dibuat sejak berpuluh tahun lamanya. Tun Dr. Mahathir pernah memperkenalkan konsep “Sekolah Wawasan” ketika menjadi Perdana Menteri ke-4. Sekolah Wawasan berkonsepkan penyatuan semua bangsa di Malaysia di mana Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) dibina berdekatan. Konsep ini membolehkan anak-anak kita bercampur gaul dan berkongsi kemudahan rekreasi bersama-sama seperti padang bola, gelanggang badminton dan gelanggang bola keranjang. Ketika itu Dong Zong menentang idea ini. Kini, Dong Zong menentang idea pembelajaran penulisan Jawi yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7. Jelas menunjukkan Dong Zong adalah golongan pendesak yang rasis.

4. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) turut menzahirkan kekesalan di atas kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Menterinya, YB Dr. Maszlee yang dilihat berlembut dengan isu pembelajaran penulisan Jawi dan kesenian Khat di sekolah sehingga keputusan demi keputusan telah diperkotak-katikkan oleh golongan pendesak Dong Zong yang mengeluarkan kenyataan balas yang angkuh. Terbaru, kenyataan media Kementerian Pendidikan merujuk bahawa pembelajaran jawi hanya dilaksanakan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan.

5. Walaupun pembelajaran penulisan Jawi dan kesenian Khat kini menjadi pembelajaran pilihan dan dikurangkan bilangan mukasurat daripada enam (6) kepada hanya tiga (3) mukasurat, Dong Zong masih tidak berpuas hati hingga digelar oleh Tun Mahathir sebagai kumpulan pendesak yang rasis.

6. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menyokong 100% usul pembelajaran penulisan Jawi dan kesenian Khat untuk dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita kerana melalui ilmu pengetahuan dan pendidikan, rakyat akan saling mengenali tanpa mengira kaum dan bangsa. Akhirnya, masyarakat berbilang kaum yang bersatu-padu dapat diwujudkan.

Terima Kasih.

TUNKU MUINUDDIN PUTRA NERANG PUTRA
NAIB PRESIDEN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN)

Tags: Dong ZongParti IKATAN Bangsa Malaysiatunku muinuddin putra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKP 2.0: Rakyat Diminta Bersabar, Kerajaan Diseru Prihatin

12/01/2021
0

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru seluruh rakyat untuk bersabar dengan dugaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang baru...

Ketepikan Politik, Tumpukan Perhatian Kepada Covid-19

05/03/2020
0

1. Akhirnya, berakhir sudah drama politik yang meletup ekoran Mesyuarat Majlis Presiden PH yang membawa kepada perletakan jawatan PM ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd