• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Sukarelawan Tidak Sangka Jumpa Mayat Nora Anne

oleh
15/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pendaki sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa kumpulannya yang akan menemukan mayat remaja Ireland itu selepas 10 hari operasi SAR dijalankan. 

Kenny Chan Kai Sian, 43, berkata, sebelum penemuan mayat itu, beliau bersama kumpulannya melakukan pencarian mengikut laluan sungai dan mereka berpecah kepada dua kumpulan.

“Kami berpecah kepada dua kumpulan, satu di sebelah kiri dan satu ke kanan untuk meluaskan kawasan pencarian.

“Kumpulan saya yang mengikut laluan kiri tiba-tiba ternampak sekujur tubuh kira-kira 20 meter di hadapan kami, seorang ahli kumpulan yang nampak mayat itu berteriak kepada kami agar tidak menghampiri mayat itu kerana khuatir akan mengganggu elemen bukti yang diperlukan polis,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Kenny berkata, ketika kumpulannya menemukan mayat itu, dia hanya bersangka baik dan tidak terlintas di fikirannya mayat berkenaan adalah Nora Anne.

Menceritakan fizikal mayat itu, Kenny berkata, beliau hanya melihatnya sekali imbas dan nampak mayat dalam keadaan terlentang dan sedikit mengiring.

“Saya tidak berani tenung mayat itu dan hanya melihat dari jauh. Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubungi polis,” katanya.

Bagaimanapun, Kenny berkata, pihaknya tidak pasti jika sebelum itu terdapat pihak lain yang menemukan mayat itu.

Kumpulan pendaki itu menyertai anggota SAR sejak Ahad lepas.

Semalam, mayat Nora Anne ditemukan pada pukul 1.57 tengah hari setelah 10 hari hilang dari resort penginapannya di Pantai, Seremban pada 4 Ogos.

Nora Anne, disedari hilang dari bilik penginapannya oleh keluarganya pada 8 pagi.

Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba di Malaysia bersama keluarga pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Tags: Irelandkes kehilanganNora Anne Quoirinremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd