• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Raja Permaisuri Ucap Takziah Pada Keluarga Nora Anne

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang meninggal dunia setelah mayatnya ditemukan dua hari lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan diberikan oleh pasukan penyelamat dari Malaysia, Britain, Perancis dan Ireland dalam usaha pencarian mangsa yang hilang selama 10 hari di kawasan resort dikunjungi bersama ibunya. 

“Yang di-Pertuan Agong juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi terhadap kematian remaja warga Ireland itu sehingga pihak polis menyelesaikan penyiasatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nora Anne ditemukan mati oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya di The Dusun Hill di Pantai, Seremban kira-kira pukul 1.57 petang kelmarin.

Mayatnya dijumpai dalam keadaan sempurna di kawasan lurah oleh sepasukan pendaki yang turut menyertai operasi SAR kehilangan gadis tersebut.

Tags: kematiankes kehilanganNora Anne QuoirinRaja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

05/11/2026
0

KOTA TINGGI - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR)...

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

05/11/2026
0

KLUANG - Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi bantuan kepada seorang pemuda yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd