• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejak Bila Kurikulum Pendidikan Perlu Restu Politik?

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANYAK yang telah dibahaskan tentang khat Jawi di Malaysia akhir-akhir ini. Yang jelas, isu ini telah begitu dipolitikkan sehingga tersasar dari perkara sebenar.

Kita mesti jelas kenapa khat diperkenalkan. Yang pasti bukan untuk tujuan Islamisasi. Islamisasi tidak memerlukan khat untuk dilaksanakan.

Ia juga bukan persoalan tiada rundingan antara Kementerian Pendidian dengan semua parti politik. Sejak bila kurikulum pendidikan kebangsaan harus digubal melalui konsultasi dan restu politik? Biarkan penggubal kurikulum kita dengan tugas mereka. Mereka punya kearifan yang kita tidak miliki.

Khat juga bukan tentang ilmu yang lapuk. Mereka yang menganggap khat tiada manfaat ilmu adalah mereka yang tidak memahami makna ilmu.

Yang pasti, polemik dan isu ini memaparkan dengan jelas satu perkara penting. Betapa di Malaysia, kita masih tidak jelas tentang dasar pendidikan bagaimana yang diperlukan oleh negara ini.

Kita mesti mengembalikan pendidikan kepada landasan sebenarnya, iaitu merangsang rasa ingin tahu (sheer curiosity). Apabila kita mendedahkan pelajar di sekolah vernakular tentang khat, ia dilakukan bukan untuk menjadikan mereka mahir dalam khat. Apatah lagi menjadi pakar jawi.

Ia dibuat untuk merangsang rasa ingin tahu dalam diri mereka agar mereka berfikir dan mencari jawapan, kenapa khat dan jawi itu sedemikian rupa. Apa kepentingan dan nilainya. Kita mesti menanam dalam diri mereka, semangat ingin tahu ini. Kerana sains terbaik dan teknologi termaju hanya terhasil dari rasa ingin tahu yang mendalam.

Episod khat ini menggambarkan perjalanan jauh kita untuk menjadi negara maju, apatah lagi bangsa maju. Lihat sahaja naratif negara maju yang kita digunakan – ‘negara berpendapatan tinggi’, ‘Harimau Asia’ dan pelbagai lagi. Namun bukan ‘a highly developed society’.

Kepada kebanyakan pihak, hanya coding, sains dan teknologi, matematik dan Bahasa Inggeris akan menjadikan Malaysia dan rakyatnya kompetitif. Tetapi mereka lupa, pembangunan Malaysia yang moden dan terkehadapan menjangkaui spektrum sains dan teknologi.

Apakah kita lupa bahawa kekuatan sebenar Malaysia adalah kemajmukan negara ini, bukan wibawanya dalam sains dan teknologi.

Pelabur ingin melabur di Malaysia bukan kerana Malaysia mempunyai bakat terbaik dunia. Tetapi keyakinan mereka terhadap kestabilan politik dan keharmonian kaum yang unik malah teruji dek zaman.

Telah tiba masanya Malaysia memikirkan kewajaran memperkenalkan pendekatan pendidikan liberal (liberal education) seawal usia pembelajaran. ‘Liberal education’ bukan bermaksud pendidikan tanpa pedoman agama dan norma hidup. Tetapi, ia adalah sistem yang mengintegrasikan ilmu kemanusiaan dan sastera dengan disiplin sains dan teknologi.

Rasionalnya kerana kita hidup dalam zaman ledakan maklumat. Anak-anak hari ini menjalani kehidupan harian dengan gajet untuk tweeting, googling ataupun e-mailing dan sebagainya.

Mereka celik teknologi. Tetapi mereka juga mesti faham bahawa sains dan teknologi mesti bermanfaat untuk masyarakat. Kerana itu ilmu berkaitan kemanusiaan, bahasa, kepercayaan agama, kerencaman budaya dan pelbagai yang lain itu penting. Ia akan memberikan sains dan teknologi itu dimensi manusiawinya. 

Bayangkan kelak ‘manuskrip’ yang didigitalkan hanya menjadi pameran kerana sudah tidak ada sesiapa yang mampu membaca dan memberi makna kepada kandungannya. Bayangkan jika sejarah Malaysia diajar menggunakan sains multimedia termaju tetapi tiada siapa berminat mempelajarinya kerana bukan subjek kompetitif. Bayangkan bahasa Melayu menjadi bahasa picisan kerana bahasa global bukan sahaja bahasa Inggeris, tetapi kod-kod pengaturcaraan dalam komputer.

Kalau ini bukan tragedi kepada sebuah bangsa, dan kepada sebuah negara, maka saya tidak tahu apa lagi makna ancaman kepada sebuah peradaban.

Lalu, cabaran sebenar hari ini ialah membangunkan sistem pendidikan terbaik untuk masa depan Malaysia. Sehingga saat ini, Menteri Pendidikan, Dong Jiao Zong dan pelbagai pihak berkepentingan, masih tidak memahaminya.

Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO

Tags: Mohamad Hasantulisan Jawitulisan khatUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd