• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Nafi Luluskan Pelaburan Kerajaan Dalam DreamEDGE

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau memberi kelulusan kepada sebuah agensi kerajaan untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn. Bhd., syarikat utama bagi membangunkan projek kereta nasional ketiga negara.

“Tetapi keputusan telahpun dibuat, jadi tidak ada apa-apa yang boleh saya katakan,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini.

Dr. Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa kerajaan menipu tentang tidak melibatkan dana awam dalam projek itu.

Menurut Wee, 53 peratus daripada saham DreamEDGE dimiliki oleh VentureTech Sdn. Bhd., yang seterusnya dimiliki oleh sebuah syarikat kerajaan.

Mengenai perkara itu, Dr. Mahathir berkata beliau berpendapat bahawa ia berkemungkinan kerana DreamEDGE mempunyai keupayaan untuk melakukannya.

Menurutnya, hasrat kerajaan memperkenalkan projek kereta nasional ketiga itu adalah untuk merangsang industri automotif negara agar Malaysia tidak ketinggalan di belakang.

Dr. Mahathir berkata industri automotif Malaysia tidak berada dalam prestasi yang baik manakala dunia telahpun beralih daripada enjin berasaskan minyak biasa kepada enjin hibrid dan elektrik. 

“Jadi kita perlu membuat kemajuan. Jika anda ingin mengeluarkan kereta ketiga, sekurang-kurangnya perlu ada kereta berenjin hibrid.

“Iaitu ia perlu dipacu oleh bateri tetapi enjin perlu diletakkan untuk mengecas bateri. Dan ia akan membawa kereta itu mungkin sejauh 1,000 batu. Jadi kita sedang menuju ke arah itu,” katanya.

Walaupun ada sesetengah pihak merasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr. Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbangan.

“Industri kejuruteraan itu sendiri perlu mendepani perkembangan baharu dan sekarang kita menggunakan pelbagai jenis peranti automatik, kita bercakap dengan kereta dan kereta bercakap kembali dengan kita,” katanya. 

Ditanya mengenai kritikan terhadap keputusan kerajaan itu, Dr. Mahathir berkata ia merupakan perkara biasa dalam politik.

Tags: DreamEDGEkereta nasional ketigaMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd