• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bedah Siasat Mayat Nora Anne Ambil Masa Lebih 3 Jam

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini pagi ini bagi menjalankan proses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15.

Pasukan itu tiba pada kira-kira pukul 9 pagi tadi menaiki Toyota Hilux dengan proses bedah siasat yang bermula pada lebih kurang pukul 10 pagi itu diketuai seorang pegawai kanan Patologi HKL.

Pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ pagi ini mula dipenuhi dengan petugas media sejak pukul 7 pagi tadi.

Tinjauan pemberita mendapati, dua individu dipercayai waris terdekat remaja malang Nora Anne yang ditemui mati semalam selepas dilaporkan hilang lebih 10 hari, memasuki Jabatan Perubatan Forensik pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Selain itu, turut dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Che Zakaria Othman.

Petugas media dimaklumkan bahawa satu sidang media akan dijalankan oleh pihak polis selepas bedah siasat itu.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah yang ditemui pada tengah hari disahkan oleh anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, pada 4 Ogos lepas.

Terdahulu, mayat Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada pukul 7.07 malam, semalam, selepas dibawa dengan helikopter dari lokasi penemuan dan kemudiannya mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada kira-kira 6.45 petang.

Nora Anne, 15, disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai oleh keluarganya pada 8 pagi 4 Ogos. Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarga di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini. 

Tags: Bedah SiasatIrelandkes kehilanganNora Anne Quoirinremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd