• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Guna ‘Wescam Air Surveillance’ Dalam SAR Nora Anne

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggerakkan sebuah helikopter jenis AS 355N yang dilengkapi peralatan jenis ‘Wescam Air Surveillance’ dalam operasi mencari dan menyelamat Nora Anne Quoirin, 15.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, peralatan yang digunakan itu boleh mengambil visual dari udara dan mengesan melalui ‘pengimejan haba’ objek atau manusia dari ketinggian 1,500 kaki pada waktu siang dan malam.

“Pasukan ini yang bergerak dari Pangkalan Udara Subang dengan kekuatan empat pegawai dan anggota, akan turut membantu dalam pencarian menggunakan pesawat ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Nora Anne dipercayai keluar dari tingkap resort yang diinap mereka sekeluarga.

“Tetapi setakat ini misi pencarian kami tidak menemui sebarang petunjuk. Kalau ikutkan kita yang normal ini, selepas lima hari kita akan berada dalam keadaan lemah sebab itu kita perlu kesan mangsa segera,” katanya sambil menambah kesan cap jari di tingkap berkenaan masih dalam siasatan.

Ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan kononnya pihak keluarga tidak membenarkan polis menemu bual adik-beradik remaja itu, Mohamad berkata, polis telah merakamkan keterangan semua ahli keluarga dan tidak berhadapan dengan masalah seperti yang didakwa.

Mohamad berkata, selain operasi mencari dan menyelamat, polis turut mengedarkan gambar remaja itu dalam setiap sekatan jalan raya yang dibuat, dimasukkan dalam sistem ‘National Urgent Response Alert’ (NUR Alert) termasuk portal ‘orang hilang’.

“Kami juga bekerjasama dengan pihak Interpol sejak operasi bermula. Kami alu-alukan juga sebarang maklumat dari mana-mana pihak sekiranya ada,” katanya.

Tags: helikopterkes kehilanganNora Anne QuoirinWescam Air Surveillance
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd