• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan Isu Tulisan Khat

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tahun depan terus mendapat kritikan walaupun dalam kalangan pro kerajaan sendiri.

Terbaharu, kartunis yang terkenal dengan satira politik, Zunar melahirkan rasa kurang senang dengan pengenalan tulisan khat oleh Kementerian Pendidikan menyindir dalam lakaran terbarunya.

Sambil melukis sebuah kek besar yang cantik dan besar, Zunar atau nama sebenarnya Zukiflee Anwar Haque namun pemanis mulut itu kelihatan rosak, berlubang di sana sini, berulat serta memualkan.

Bagaimanapun, Zunar juga menambah ‘icing’ pada kek rosak itu sambil berkata, ‘sibuk buat icing sedangkan kek hancur’.

Setiap bahagian rosak itu juga tertulis perkataan-perkataan seperti; pelajar jadi korban politik, lahirkan pelajar pandai hafal tapi tiada kualiti, sistem yang buat jurang perbezaan kaum makin lebar, sistem pendidikan rosak, meritokrasi dipinggir, kaum diutamakan.

Di atas kek itu juga jelas perkataan ‘tulisan khat’ dengan tangan seseorang meletakan icing.

Dalam lakaran penuh makna itu sebenarnya jelas terpampang sebenarnya kek itu adalah gambaran kepada sistem pendidikan negara ini yang sedang dan sudah berdepan dengan pelbagai isu namun belum diselesaikan sebaliknya ‘isu’ baharu pula di cari.

Kartun itu juga mendapat ribuan ‘likes’ dan komen yang rata-ratanya lebih daripada bersetuju dengan pengamatan Zunar berhubung isu tersebut.

Zunar mengulas mengenai keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 di SK dan SJK tahun depan.

KPM dalam set soalan lazim semalam menjelaskan pengenalan tulisan khat sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

Pagi tadi, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz sambil menggambarkan cadangan itu sebagai ‘merepek’ menegaskan pengenalan tulisan khat itu sepatutnya wajar dijadikan sebagai elektif dan bukannya subjek teras.

“Setahu saya, khat ini bukan bahasa, subjek atau apa saja, ia adalah kaligrafi sama seperti kaligrafi Cina yang dibuat menyambungkan huruf atau perkataan yang akhirnya menjadi grafik.

“Ia ada seni. Persoalannya di sini, adakah mereka (Kementerian Pendidikan) mahu menjadikan ia wajib atau elektif? Jika sebagai elektif, tiada masalah kerana memang ada yang berminat dengan seni halus seperti ini.

“Jangan jadikan ia wajib dan membebankan pelajar. Jangan tambah masalah lagi. Itu yang saya mahu, jadikan kaligrafi sebagai perkara wajib untuk dipelajari pelajar, itu perkara paling merepek untuk dibuat.

“Kita ada banyak lagi perkara lain perlu dipelajari. Jika mahu diperkenalkan, jadikan ia elektif dan kita alu-alukan,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Tags: kartunKartunisRafidah Aziztulisan khatZunar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kartunis Aie Meninggal Dunia

28/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong yang terkenal dengan karya 'Áku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia...

“Bila Saya Melukis, Saya Lukis Semua Orang” – Lat

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nama Lat sinonim dengan dunia kartun negara ini dan beliau juga ikon keharmonian kaum di Malaysia kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd