• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Yakin Nora Anne Masih Hidup

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yakin gadis warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di resort The Dusun, Pantai di sini sejak Ahad lepas masih hidup.

Ketua Balai JBPM Seremban, Mohamad Idris berkata, hal ini kerana kawasan resort berkenaan berdekatan dengan sumber air seperti sungai dan jeram.

“Logiknya, walaupun empat hari hilang tapi jika ada sungai, peluang hidup itu masih ada kerana terdapat sumber air meskipun tiada makanan.

“Sebab itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini tertumpu di kawasan sepanjang sungai ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, seramai 40 anggota dan pegawai JBPM Seremban, Kuala Lumpur dan Selangor termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikerahkan dalam operasi SAR yang memasuki hari keempat, hari ini.

“Seramai 10 anggota PPDA memulakan operasi menyelam di sungai ini khususnya di kawasan jeram dan dasar sungai yang dalam.

“Pasukan bomba dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut sektor pencarian termasuk dalam kawasan hutan,” katanya.

Dalam kejadian pada Ahad, gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi.

Sementara itu, lebih 20 petugas media tempatan dan antarabangsa berkampung di jalan masuk ke resort itu sejak awal pagi tadi. Media bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan resort itu dengan pintu masuk dikawal ketat oleh anggota keselamatan.

Tags: Irelandkes kehilanganNora Anne Quoirinremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd