• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Timbang Wujud Lebih Banyak UTC Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan kerajaan negeri Sarawak untuk membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi memudahkan urusan seharian masyarakat di negeri yang terbesar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia bagaimanapun hanya akan dilaksanakan apabila negara memperoleh hasil yang bertambah dan kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan yang cukup mantap.

Menurutnya apabila kerajaan telah mencapai hasrat mewujudkan satu UTC di setiap ibu negeri di seluruh negara, maka fasa kedua pertambahan UTC, yang lapan setakat ini, boleh dipertimbangkan.

Katanya UTC menjadi testimoni kepada komitmen kerajaan merealisasikan falsafah ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ apabila penubuhannya mencapai kejayaan besar dalam memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan, mahupun swasta.

“Selepas pusingan pertama selesai, kita boleh timbang pusingan kedua bagi memenuhi saranan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mohon pembinaan lebih banyak UTC di Sarawak,” katanya semasa berucap di majlis perasmian UTC Sarawak di Jalan Bukit Mata di sini, Khamis malam.

Dengan keluasan 29,000 kaki persegi, UTC Sarawak mula beroperasi sejak hujung September lepas dan ketika ini menempatkan 47 agensi kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung.

UTC merupakan satu inisiatif cetusan ilham Perdana Menteri bagi menyediakan satu lokasi sehenti kepada komuniti bandar untuk berurusan dengan pelbagai agensi utama kerajaan, yang menjadi sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS).

Ia diperkenalkan khusus bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat menerusi perkongsian strategik antara agensi kerajaan dan sektor swasta.

Menurut Najib menerusi komitmen penuh kerajaan, UTC Sarawak dengan kos RM48.5 juta berjaya dibangunkan dalam tempoh sekitar 12 minggu sahaja dan sehingga Januari lepas ia sudah dilawati oleh lebih 260,000 pengunjung.

Beliau berkata berkata transformasi memerlukan pemikiran dan strategi yang kreatif dalam melahirkan sebarang penyelesaian setiap cabaran yang dihadapi, dan UTC ini adalah contoh salah satu penyelesaian kreatif yang dihasilkan menerusi percambahan fikiran.

“Ini hasilnya, kita dapat wujudkan UTC ini yang tak mampu dilakukan negara lain. Semoga ia akan menambah keyakinan rakyat kepada kerajaan bahawa kita amat komited dan serius melakukan bukan saja penambahbaikan, malah membawa transformasi ke seluruh negara, tidak kira dalam bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Najib juga berkata beliau komited untuk bekerjasama dengan Ketua Menteri Sarawak dan semua pemimpin-pemimpin negeri dalam membawa transformasi dan memastikan masa depan Sarawak yang lebih cemerlang.

Perdana Menteri seterusnya berkata tahun ini sebanyak 200 imam atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) di Sarawak akan dipilih untuk mengerjakan haji di bawah program khas Yayasan 1MDB. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd