• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awang Hitam Serang Pegawai Polis Didakwa

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seramai 20 lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk menyerang empat pegawai polis ketika serbuan di Pangsapuri Flora Damansara di sini, bulan lalu.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam Bahasa Inggeris.

Semua tertuduh Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses, Obilor Macdennis Chinemerem, Osuji Chimobi, Chinedu Aligwe, Kabuye Christian, Nwokenna Tochukwu Nwabueze, Chibuzo Goodluck, Okeke Chinedu Darling Ton, Charlse Uche Anyanwy, Ususledrock Onyedikachi, Mathew Kelechi Cletus dan Anoka berusia lingkungan 22 hingga 38 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, 10 tertuduh iaitu Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses dan Obilor Macdennis Chinemerem didapati mengganggu ketenteramam awam dengan melakukan suatu rusuhan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada empat pegawai polis ketika menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan empat pegawai polis yang boleh dikemukakan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Blok F, Flora Damansara di sini pukul 11.12 malam 28 Julai lalu.

Mereka diwakili peguam M. Tharuma Ratnam, Dinesh Ramachandran dan Siti Rohaya Mohd. Tajuddin manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid.

Kes ditetapkan semula untuk sebutan pada 5 September nanti.

Tags: awang hitampegawai polisserang poliswarga nigeria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Pusat Hiburan Tawar GRO Warga Asing Diserbu, 28 Individu Ditahan

Pegawai Polis Langgar Zaharif Didakwa Esok Atas Tuduhan Membunuh

17/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru,...

Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Curi

Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Curi

12/11/2023
0

GEORGETOWN: Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd