• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusuhan Kuil Kaliamman: 28 Ditahan, Lagi Suspek Diburu

oleh
05/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Polis menahan 28 individu terlibat dalam rusuhan bersenjata di Kuil Kaliamman Bestari Jaya, Sungai Darah di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, semua suspek lelaki itu ditahan sejak malam tadi hingga pagi ini di sekitar Kuala Selangor.

“Polis turut merampas lima bilah senjata tajam.

“Tangkapan dilakukan oleh Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan JSJ Kuala Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Permohonan reman ke atas semua suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi ini.

“Polis masih lagi memburu suspek lain yang telah dikenal pasti.

“Dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Dalam kejadian rusuhan malam tadi, seorang anggota polis cedera dan orang awam putus sebahagian tapak tangan kiri.

Sebelum rusuhan berlaku, satu perarakan Chariot (pedati berhias) diadakan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Sungai Darah di sini.

Namun, berlaku pertengkaran antara dua kumpulan dalam kalangan mereka dengan bersenjatakan parang dipercayai berpunca daripada pergaduhan geng akibat tidak berpuas hati berkaitan pemasangan khemah.

Tags: kuil kaliammanParangRusuhan Kuilsenjata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

02/08/2024
0

TELUK INTAN - Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang pengedar dadah di sebuah rumah di Taman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd