• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Binaan Peluk Budak Di Kedai Serbaneka Didakwa

oleh
02/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAYANG – Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, di sini hari ini kerana memeluk seorang kanak-kanak perempuan yang rakaman perbuatan itu tular di media sosial baru-baru ini.

Tertuduh yang bernama Aris, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual dengan memeluk kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di Bandar Country Homes, Rawang, jam 6.19 petang pada 10 Julai lalu.

Dakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Arunjothy tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh memandangkan dia bukan seorang warganegara.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 September ini untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Dalam video berdurasi 51 saat yang tular awal bulan lalu, lelaki tersebut dilihat menghampiri kanak-kanak tersebut bersama adiknya lalu memeluk kanak-kanak tersebut dari arah belakang.

Perbuatan itu dilakukan dua kali menyebabkan mangsa yang sedang melihat barangan di kedai tersebut terkejut dan melarikan diri.

Tags: amang seksual fizikalbudakkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd