• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpaksa Batal 7 Projek PR1MA Pahang

oleh
29/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang membatalkan tujuh projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Abd Rahim Muda.

Beliau berkata keputusan itu terpaksa dilakukan ekoran masalah infrastruktur seperti kos pengambilan tanah yang tinggi dan cadangan lokasi didapati tidak strategik.

“Projek yang dibatalkan ini adalah yang masih di peringkat rancangan, bermakna masih di tahap awal, bukan yang terbengkalai. Keputusan (untuk membatalkan) dibuat supaya tiada masalah lain timbul jika ia diteruskan.

“Antara lokasi terlibat ialah Kuantan dan Jerantut. Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat,” katanya.

Abd Rahim berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Rumah Contoh PR1MA Pahang di Cherating di sini hari ini, yang turut dihadiri Setiausaha Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, Sharuddin Jali dan Pengarah Syarikat Y&S Mutiara Construction Sdn. Bhd., Ilias Mustafa.

Beliau berkata sejak dimulakan pada tahun 2013, PR1MA Pahang melibatkan 126 projek di 11 daerah dengan sasaran keseluruhan 39,987 unit rumah, yang mana 15,000 unit daripadanya sudah disiapkan.

Katanya, PR1MA Pahang yang ditawarkan pada harga bermula RM150,000 mendapat permintaan tinggi, selain Rumah Makmur yang juga inisatif kerajaan negeri kepada golongan kurang berkemampuan dengan harga RM80,000.

“Kerajaan negeri juga memantau pelaksanaan setiap projek PR1MA Pahang bagi memastikan tiada yang terbengkalai dan kualiti rumah yang dihasilkan adalah baik supaya tidak menyusahkan pembeli,” katanya.

Mengulas mengenai PR1MA Pahang di Cherating, Abd Rahim berkata kontraktor terlibat ialah Y&S Mutiara Construction melibatkan 496 unit rumah dengan keluasan 1,000 kaki persegi, dengan jangkaan 108 unit siap pada 2021.

Tags: PahangPerumahanPR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd