• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Terima Surat Kena Cerai” – Oksana

oleh
27/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ratu Cantik Rusia yang dikaitkan sebagai isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menegaskan tidak pernah menerima sebarang sepina atau surat mahkamah berhubung berita perceraiannya.

“Mengenai berita perceraian, saya tidak pernah menerima sebarang sepina atau surat mahkamah dan ketika berita (cerai) jadi sensasi, saya dan Leon (anak) berada di Rusia,” jelasRihana Oksana Gorbatenko melalui laman sosial Instagramnya pagi ini.

Tulis Oksana lagi, suaminya seorang Muslim yang baik dan tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuannya.

Tambahnya, undang-undang Islam turut memperjuangkan hak dan melindungi wanita.

Beliau turut menjelaskan, berita-berita yang disiarkan media sebelum ini adalah tidak sah hanya untuk disensasikan.

“Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal untuk mempertahankan maruah keluarga saya,” ujarnya.

Kata Oksana lagi, dirinya yang berdiam diri sebelum ini tidak bermaksud beliau mengiayakan semua pembohongan (berita yang disiarkan sebelum ini).

“Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat, saya tidak akan mengaku kalah,” tulisnya.

Oksana dan Sultan Muhammad dikatakan sebelum ini berkahwin di Rusia selepas video perkahwinannnya menjadi tular seluruh dunia.

Selepas itu tersebar pula sijil cerai yang mendakwa Oksana diceraikan dengan talak tiga.

Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan pasangan terbabit bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah. – K! ONLINE

Tags: PerceraianRihana Oksana GorbatenkoSultan Muhammad V
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

Ustaz Abdul Somad Sah Bercerai

06/12/2019
0

PEKAN BARU - Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai UAS dilaporkan menceraikan isterinya selepas mendapat kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd